Wednesday, July 6, 2011

Nenek 82 Tahun Masih Aktif MenJadi Model Populer Share





Daphne Selfe

assalamualaikum .. salam sejahtera untuk semua pembace setia ms .. 

tua- tua keladi makin tua makin menjadi .. seorang Nenek 82 Tahun Masih Aktif MenJadi Model Populer .. fuh dahsyat la nenek ni 

Nenek Daphne memulakan kerjaya modeling sejak 1950 ketika usianya 20 tahun. Ketika itu dia memenangi sebuah pertandingan tempatan yang diadakan oleh sebuah department store di kota Reading, Inggeris.

Sejak itu kerjayanya mula merangkak ke atas, memulakan kerjaya sebagai model pengeluar pakaian dan pakaian kulit di kotanya hingga akhirnya berkahwin dengan seorang usahawan pakaian cukup berjaya. Sayangnya sang suami tidak mengizinkannya lagi untuk meneruskan kegiatan modeling secara langsung, tapi dilantik sebagai penasihat di syarikat garmennya.

 
Setahun setelah suaminya meninggal, 1999, seorang agen menghubunginya untuk tampil pada acara London Fashion Week. "Pada mulanya saya menganggap ini sebuah lelucon, yang lebih kearah pengejekan," kata Daphne. "Mana mungkin Model 1 (sebuah agensi modeling cukup besar di Inggeris) memerlukan tenaga tua seperti saya." Walaupun setengah hati, toh Daphne meng'iya'kan tawaran ini.


 

Ternyata sejak penampilannya di London Fashion Week, tawaran kembali muncul. "Ini seperti menulis buku kedua," akhirnya Daphne tidak menyesal telah mengambil keputusan untuk comeback. Tak lama kemudian fotonya muncul di cover majalah Vogue.

No comments:

Post a Comment